THERE ARE MILION WAYS TO SUCCESS :)
Welcome to SMK Seremban Jaya's Official Blog. Hope you enjoy it and thanks for visiting us. Do follow ^^

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya ( SMKSJ ) telah mula beroperasi pada 1 Disember 2005. Sebelum berpindah ke bangunan sendiri, SMKSJ telah menumpang di SMK Tuanku Jaafar (SMKTTJ ) lebih kurang 9 bulan. Berkat kesabaran dengan penantian yang begitu lama akhirnya pentadbiran dan pengurusan sekolah berpindah sepenuhnya ke bangunan sendiri, pada 26 September 2004.


Kali pertama menjejaki ke bangunan sekolah sendiri, terasa amat berbangga dengan struktur sekolah yang amat strategik. Pada awal penubuhan SMKSJ mempunyai 43 orang tenaga pengajar dan 820 orang pelajar serta 5 orang kakitangan sokongan. Jumlah ini meningkat pada tahun 2005 iaitu seramai 75 orang tenaga pengajar, 1500 orang pelajar dan 9 orang kakitangan sokongan. Pada 2006, jumlah tenaga pengajar meningkat kepada 89 orang seiring dengan peningkatan sebanyak 1750 serta 11 orang kakitangan sokongan.


Walaupun sekolah ini terdapat kekurangan namun, semnagt yang ditunjukkan pihak sekolah menjadikan sekolah ini aktif dalam pencapaian ko-kurikulum dan kurikulum. Uniknya sekolah ini mempunyai 2 buah bilik guru iaitu bilik guru ceria dan bilik guru penyayang. Walaupun terbahagi kepada 2 bilik guru, ianya tidak menghalang kerjasama antara tenaga pengajar untuk menjadikan sekolah ini menjadikan sebutan ramai suatu hari nanti.



LENCANA SEKOLAH


Warna Merah :
Melambangkan keberanian & cita-cita tinggi para pelajar dan tenaga pengajar sekolah ini.

Warna Biru :
Melambangkan perpaduan warga sekolah yang berbagai-bagai kaum & sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Warna Kuning :
Melambangkan ciri-ciri pelajar yang berbudi bahasa tinggi kepada segenap lapisan masyarakat sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Moto Semangat Juang :
Sinonim dengan akronim sekolah Seremban Jaya (SJ).Moto ini melambangkan usaha dan inspirasi pelajar yang sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun dalam apa-apa jua keadaan.

Cogan Kata Ilmu, Amal dan Ikhlas :
Merupakan sebahagian daripada maklumat sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berakhlak serta ikhlas berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Buku dan Alat Tulis :
Simbol pendidikan yang menyeluruh, bersepadu, sama rata serta sepanjang hayat.

Bentuk Tajam seperti Tanjak Minangkabau :
Sifat jati diri yang sentiasa ingin menuju ke mercu kejayaan.

Tiga Bulatan :
Melambangkan permuafakatan bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri bagi merealisasikan Falsafah Pendididkan Negara.

Empat Orang Pelajar :
Mewakili empat bangsa yang menjadi sebahagian warga sekolah iaitu Melayu, Cina, India dan bangsa lain yang bersatu padu untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang.

sebarang pertanyaan?